Anak Bertuah
Kicauan burung menghiasi petang indah si putera cilik yang asyik berkejaran dengan sahabat tanpa khuatir akan keadaanya yang sudah comot akibat asyik bermain dari tegaknya mentari dan kini senja hampir melabuh tirai . *splash* Dengan penuh gaya Wafiq terjun dari atas batu terus ke dalam tali air tanpa menghiraukan kedalaman air tersebut . Lagaknya tak ubah seperti penerjun terbaik negara ; Pandelela Rinong . Dari dalam tali air dia asyik menyimbah air kepada Aqil yang hanya duduk di tebingnya sahaja . "Aqil marilah ikut kami , mandi sekali . Airnya sejuk huuuuu~" Pujuk Wafiq dengan penuh menggoda "Tak mahu lah , biar aku lihat dari sini sahaja , aku khuatir nanti taufan bondaku meletus . Tak sanggup aku menanggungnya " Balas Aqil sambil tergelak apabila wajah merah padam bondanya menerjah mandala . Wafiq yang mendengar hanya mencebik dan terus berenang bersama sahabat-sahabatnya yang lain. Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat , Raziq dengan gaya kuak len...