Berkecai--


Ada yang bersungguh bila meminta ;
dan menghempas mudah bila mula hilang rasa .

Usai itu , 
tak perlu kau menangis bagai nak gila 
terlalu kecewa
kau sendiri yang berani mati lalui semua
jalin ikatan tanpa redhaNya
kau harus terima

tak semua manusia yang setia
pada setiap ungkapnya
pada setiap janji nya

dari kisah mereka
jangan kau ulangi semula

tunggu sahaja masanya
setiap mereka sudah tersusun dengan siapa jodohnya
jodoh itukan rahsia Nya

tak perlu berbangga dengan ikatan yang kau sendiri bina
tanpa berkat dan redha dariNya

pegang sana sini bagai cetek ilmu agama
orang sekeliling pula membabi buta
tak menegur apa yang didepan mata

Nasihat aku ;

Hati hati dengan hati yang kau beri 
kerana ada yang tahu menghargai
dan ada yang akhirnya
malas mahu peduli
tahu buat tuli
layan perasaan sendiri.





Comments

Popular Posts