KETAGIH







Sungguh ini bukan yang pertama
bukan juga yang terakhir
Setelah beberapa kali
Aku bangkit dan cuba
Aku berdiri dan lawan
Bukan sesuatu yang mudah
Sejujurnya , sudah acap kali aku tewas
Aku tewas dan biarkan diri aku hanyut
dalam lautan dunia yang tidak bertepian

Dilambung ombak , di hanyut derasnya air
Aku tetap biarkan diri ini mengikut rentak desiran pantai

Ya Allah sungguh perit bermujahadah
aku akui bukan mudah
kerana aku tahu ganjaranya seindah Jannah
terbang lah setinggi angkasa sekalipun
untuk lari dari hakikat manusia
tetap aku tidak mampu berpaling dariNya


Ya Allah bantu aku
sungguh perit yang aku rasa
ketagih akan dosa lama ini
pedihnya mencengkam jiwa

Dosa lama ibarat dadah yang sebati
dalam setiap degupan atma aku
Aku cuba jauhinya
tetap aku ketagih

ZALIMKAH AKU ?
kerna aku tahu , sudah lama kau hulurkan salam kasih mu buat ku
namun kerana ketagihan aku ,
baru kini aku menyedarinya
masihkah huluran itu ada buat aku ?
masihkah aku punya peluang meraih cinta dan reda mu ?
Bantu aku -

segala perit yang aku lalui tanpa sedikit mengingatiMu
akan terus menghantuiku
Ampuni aku tuhan --

Comments

Popular Posts