Anak Bertuah
Kicauan burung menghiasi petang indah si putera cilik yang asyik berkejaran dengan sahabat tanpa khuatir akan keadaanya yang sudah comot akibat asyik bermain dari tegaknya mentari dan kini senja hampir melabuh tirai .
*splash*
Dengan penuh gaya Wafiq terjun dari atas batu terus ke dalam tali air tanpa menghiraukan kedalaman air tersebut . Lagaknya tak ubah seperti penerjun terbaik negara ; Pandelela Rinong . Dari dalam tali air dia asyik menyimbah air kepada Aqil yang hanya duduk di tebingnya sahaja .
"Aqil marilah ikut kami , mandi sekali . Airnya sejuk huuuuu~" Pujuk Wafiq dengan penuh menggoda
"Tak mahu lah , biar aku lihat dari sini sahaja , aku khuatir nanti taufan bondaku meletus . Tak sanggup aku menanggungnya " Balas Aqil sambil tergelak apabila wajah merah padam bondanya menerjah mandala .
Wafiq yang mendengar hanya mencebik dan terus berenang bersama sahabat-sahabatnya yang lain.
Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat , Raziq dengan gaya kuak lentang , Amir yang hanya kaku di posisi yang sasolat.. Bangunrana tidak pandai berenang dan Wafiq usah dibilang kalah perenang berirama negara . Mereka khusyuk bermain tanpa menghiraukan jarum jam yang terus berputar dan senja mula menjengah pintu langit.
Tepat jam 7:15 petang , sepasang kaki kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun itu berlari-lari anak bersama kain pelikat yang di gantung elok di leher . Sampai sahaja di depan rumah , Wafiq terus memanjat tangga tanpa menghiraukan ibunya yang sudah bercekak pinggang dan hanya menunggu masa untuk kuasa tangan ibunya yang seperti penyepit ketam berbisa hinggap di telinga halusnya .
"Anak bertuah , maghrib baru kamu lihat tangga rumah ? Apa kamu sesat di jalanan ? " bebelan ibu menjadi perkara wajib yang menyapa halwa telinganya . Namun , dengan lagak yang comel , Wafiq berlari-lari semula ke arah ibunya dan mencium tangan mulus itu penuh sopan.
"Maaf ya ibu , janji tak buat lagi" ujar Wafiq sambil telapak tangan kanannya di angkat separas bahu tanda dia berikrar dan berjanji pada ibunya.
Puan Wardina yang sudah masak dengan tingkah anak tunggalnya hanya mampu menggeleng kepala.
Malam itu usai solat isyak berjemaah mereka berdua menjamu selera di ruang makan . Ya .. hanya mereka berdua . Encik Waqiuddin , ayah Wafiq , sudah tiada ketika usianya setahun mengenal dunia akibat kemalangan jalan raya . Namun , tetap tidak mematahkan semangat ibu untuk membesarkannya.
"Bu.... nak ayamm tu" rengek Wafiq sambil jari telunjuk kanannya menghala pada ayam tersebut.
"Ish ..anak bertuah..kut ya pun habiskan dulu kunyahan tu " nasihat ibu lembut sambil tangannya lincah mengelap tubir bibir anaknya yang di penuhi kicap.
"Lepas ni jangan lupa buat kerja sekolah ya .." ujar ibu sambil tanganya lincah mengemas meja makan.
" aip ..aip kapten " balas Wafiq sambil tangan diletakkan di dahi seperti askar yang baru menerima tugasan .
Usai sahaja mengemas , Puan Wardina menjenguk Wafiq yang terlentuk di sofa akibat kepenatan bermain petang tadi yang masih bersisa. Puan Wardina menyusun buku dan alat tulis yang berselerak. Baru sahaja dia mahu mengangkat buku-buku tersebut , tiba-tiba jatuh sehelai poster dari celahan buku tersebut. Poster yang menggambarkan Puan Wardina dan Encik Waqiuddin memeluk Wafiq yang sedang menggenggam helain kertas yang tertulis abjad 'A' .
Sungguh itu membuatkan empangan air mata Puan Wardina tidak mampu menahan air mata yang laju membasahi pipinya .
"Anak bertuah tinggi sungguh impianmu " kata ibu sambil mengusap lalu mengucup pipi polos anaknya yang lena dibuai mimpi . Wafiq pula seolah-olah mengerti kesayuan ibunya lalu memaut leher ibunya .
"Ibu jangan sedih nanti Wafiq sedih , ayah pun sedih" ujar Wafiq sambil matanya terkatup rapat dan lengannya masih setia dileher ibunya , barangkali dia mengigau.
Tubuh kecil itu dikendong kasih , lalu diletakkan di katil dan diselimutkan supaya kedingin malam tidak menggigit setiap inci kulit mulus Wafiq.
Turun sahaja dari pentas , dia terus berlari anak mendapatkan guru kelasnya yang sedang menanti .
"Tahniah , sungguh kamu anak bertuah , cikgu tumpang gembira , pasti ibu dan ayahmu tersenyum bahagia di atas sana melihat kejayaan kamu " ucap Cikgu Azlin
Semakin deras air mata Wafiq apabila terdengar kalimah anak bertuah . Kalimah yang sering diucapkan arwah ibu , Kalimah yang sudah sebati dalam atma dan jasadnya . Mana mungkin dia lupa kalimah penuh hikmat itu .

***
8 Tahun Kemudian --
"Ya Allah ........ anak bertuah , bangkit nak oi , subuh sudah dipenghujungnya , tidak baik melambatkan solat . Muhammad Wafiq meh kita berjemaah nak" Kejut ibu sambil menarik ambal yang membaluti hampir keseluruhan tubuh sasa Wafiq .
Terjengul wajahnya sambil tersenyum ke arah ibu , lalu dia bingkas bangun nak memeluk ibu.
"Ampun kan patik , tuanku " ucap Wafiq lalu mengucup pipi ibunya
"Sudah-sudah , bertuah punya budak , kita kejut nak suruh bangun subuh , di kucupnya pula kita , sudahlah busuk tak mandi lagi"
"Ala ibu... yang busuk ini lah yang ibu sayang " balas sambil mengenyit mata lalu berlalu untuk mengambil wuduk.
"Ish ada ada sahaja anak ini .." bisik ibu dalam hati
***
Tiga tahun kemudian --
"Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM , dijemput Muhammad Wafiq Shah bin Waqiuddin dengan keputusan 10A1 ke pentas untuk menerima anugerah dan sedikit penghargaan dari pihak sekolah"
"Ibu , ayah ... Nama Wafiq kah yang disebut tadi? Wafiq berjaya bu.. Wafiq berjaya ayah... Terima kasih ya Allah " ucap Wafiq perlahan
Wafiq yang terkejut apabila namanya diumum hanya kaku di situ . Air mata jantannya gugur tanpa segan silu .
"Wafiq kau di panggil untuk ke pentas " sapa Aqil apabila melihat Wafiq hanya terkaku di tempat duduknya
"Nah ... lap air mata , tak macho lah naik pentas sedangkan mata macam air terjun " hulur Amir
Wafiq menyambut huluran itu dan bingkas ke hadapan sambil melihat barisan guru-guru yang sudah memerah keringat mengajarnya hinggalah hari ini , hari dimana dia mendapat natijah atas usaha gigihnya . Matanya terpaku pada wajah Cikgu Azlin , guru kelasnya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis buat gurunya itu.
*Klik*
Ya gambar itu akan menjadi kenangan terindah buatnya ayah dan ibu.......
Turun sahaja dari pentas , dia terus berlari anak mendapatkan guru kelasnya yang sedang menanti .
"Tahniah , sungguh kamu anak bertuah , cikgu tumpang gembira , pasti ibu dan ayahmu tersenyum bahagia di atas sana melihat kejayaan kamu " ucap Cikgu Azlin
Semakin deras air mata Wafiq apabila terdengar kalimah anak bertuah . Kalimah yang sering diucapkan arwah ibu , Kalimah yang sudah sebati dalam atma dan jasadnya . Mana mungkin dia lupa kalimah penuh hikmat itu .
***
Tanah Perkuburan Islam Kampung Jati --
"sadakAllahulazim ....." ucap Wafiq sambil mengucup yasin di tangannya
"Ibu .... sungguh kata-katamu itu doa , kalimah anak bertuah itu masih segar dia ruang-ruang jasad ini mana mungkin ia pudar dari jasad ini , Ayah walaupun aku belum sempat mengenalimu dengan lebih dekat , sungguh aku dapat merasakan kasih sayang ayah mengalir dalam setiap tingkah ibu . Ibu.. terima kasih kerana sentiasa mendoakan anakmu ini menjadi anak yang bertuah , bertuah memiliki dan merasai kasih sayang ibu yang tiada tolok bandingan"
Luah Wafiq sambil memegang kejap batu nisan milik ibu dan ayahnya . Tanpa dia sedar ada sepasang mata yang mengalirkan air mata dek mendengar luahan Wafiq
"Tabahlah nak , sungguh janji tuhan itu pasti , berpaut lah padaNya jangan kau putus harapan , jangan disirnakan semangat juangmu " bisik Cikgu Azlin dalam hati
***
Comments
Post a Comment