Salam Maulidur Rasul --
Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Umat islam seluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad SAW buat kesekian kalinya . Namun , cukupkah dengan perarakan , berzanji , bertahlil , ceramah dan sebagainya dapat menyatakan kasih sayang kita kepada nabi junjungan besar kita ? Tentu tidak bukan --
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul)adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad . Hari ini jatuh pada hari ke -12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 . Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT . Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadir majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW , kerana bila kita berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi , sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan . Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Kita adalah خير امة! Umat yang terbaik ! Jadi kita ambil sedikit masa untuk merenungi sambutan Maulidur Rasul yang kita adakan pada setiap tahun . Pohonlah selalu agar diberi hidayah melalui majlis ilmu dam membaca bahan agama . Jangan hanya membutak mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi
Wallahu'alam--
#SalamMaulidurRasul
#Thedaiegraphy

Comments
Post a Comment