Peristiwa sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sebelum kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w , pelbagai peristiwa berlaku ;
Antaranya adalah peristiwa di mana kisah Nabi Ibrahim membina bangunan Kaabah. Nabi Ibrahim berkorban meninggalkan isterimya Siti Hajar dan anaknya Ismail demi menunaikan perintah oleh Allah terhadap beliau.
Pada zaman itu juga , sikap syirik mula memasuki semenanjung Arab . Bermulanya jajahan agama Yahudi bertapak di semenanjung Arab , begitu juga dengan agama kristian.
Wujudnya Abrahah yang berniat untuk meruntuhkan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim . Kewujudan Abrahah sangat menggerunkan suku Arab dan orang Taif yang berniat untuk menyekat Abrahah daripada meruntuhkan Kaabah , Dengan izin Allah , rancangan Abrahah dan tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah tidak berjaya dek di musnakan oleh tentera Ababil.
Mekah yang dahulunya diperintah oleh orang jahiliyyah , sudah kembali diperintah oleh Keturunan Ismail . Nabi Ismail yang merupakan anak kepada Nabi Ibrahim . Begitu juga dengan kisah Abdul Mutallib yang melaksanakan nazar menyembelih salah seorang anaknya.
Sungguh pelbagai peristiwa dan hikmah mengapa ianya terjadi sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW , jadi marilah kita sama sama berselawat ke atas idola kita iaitu Nabi Muhammad SAW bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul . Mudah mudahan , kita sebagai umatnya sering mengingati beliau kerna beliau banyak berjasa dan berkorban untuk umatnya iaitu kita dan demi Allah SWT .
Wallahualam--
#Thedaiegraphy

Comments
Post a Comment