Monolog hati


Pesan pesanlah pada aku ini ;
tatkala aku mula jauh dari Ilahi

Tengok tengokkanlah aku ini ;
tatkala aku mula berubah hati

Sedar sedarkanlah aku ini ; 
tatkala aku mula berbusuk hati

Cuit-cuitlah  aku ini ;
tatkala aku mula tidak sedar diri

Bangun bangunkanlah aku ini ;
tatkala aku mula jatuh dan tidak mahu bangkit kembali

Kerana aku takut aku tidak jadi diri aku sendiri 

Lebih pentingkan kata orang daripada berubah dengan seikhlas hati

Comments

Popular Posts