Tiada ia runtuh segala

           Azan subuh menyentak tidur Afiq . 

"Astaghfirullah , kenapa aku bermimpi begitu ?" kata Afiq sambil meraup wajahnya
Afiq menadah tangan lalu membaca doa bangun tidur.

"Ri , bangun dah subuh , tak baik lambat lambatkan solat" 

"arghhh .. kau solat ah dulu aku mengantuk ah . ish kacau ah " Zikri memarahi Afiq

Afiq bingkas bangun dari katil untuk berwudu' khuatir terlewat solat subuh . Namun Zikri masih enak dibuai mimpi  .

--
Usai solat subuh



Kedinginan dapat dirasa hingga ke tulang hitam . 'sejuk nya pagi nih' ujar Afiq

"Ya Allah , Kau tak bangun lagi , weyh Ri subuh nak habis dah nih , kau tak takut dosa ke ? ha ?" marah Afiq

"Kau diamlah , aku kata aku ngantuk kan ? kau tak faham ke ha ? semalam aku balik lambat buat assignment prof Lia . Kau apa tahu hah? nanti aku solat ah . "balas Zikri

"Kau punya 'nanti' tuh aku tak tahu bila . buatnya Allah tarik nyawa kau dah tak sempat solat subuh ,  mati keras mu  " ujar Afiq mengajuk kata kata Ustaz Azhar Idrus

"Aku dengar cerita kau pergi kelab malam  bukan buat assignment , apa nak jadi dengan kau ni ha ? sejak bila kau pandai ke tempat haram tuh? , kau tak sayang dirikau ke  ? " sambung Afiq

Tapi malangnya , kata kata itu bagai ditiup angin , Tiada satu pun yang melekat di kepala Zikri , yang dia tahu hanya mahu membuta sahaja. Afiq geram .

--

"Zikri bangun sayang , kamu tak sayang kat mama ke ? kenapa kamu tak bangun solat subuh ? bangun sayang ...."

"mama .!! " Zikri terjaga dari lena.

"Astagfirullah .. ah mimpi je , lagipun mama dah meninggal , tak dak sapa sayang aku . urgh"rungut Zikri

"Ha bangun pun kau ! aku baru ingat nak simbah air tadi , dah pergi solat subuh " Marah Afiq

"Ye ah membebel je tahu .... potpetpotpet ... macam maknenek" rungut Zikri


--

Afiq hairan , sejak akhir akhir ni , Zikri sering pulang lambat ke rumah . Sebenarnya , Zikri berubah sejak mamanya meninggal dan ayahya menghalau Zikri dari rumah kerana menyangka dia yang membunuh mamanya  Puan Zara . 

"Ish , tak boleh jadi nih ." Rungut Afiq

"Tapi .. kenapa aku mimpi begitu ? Adakah ia mainan tidur atau ....." 
Fikrian Afiq serabut memikirkan mimpinya subuh tadi

Afiq bermimpi yang Zikri meninggal akibat terlibat dalam satu kemalangan . Zikri dilanggar kereta . Puncanya Afiq tidak tahu . Dia takut jika hal itu benar benar terjadi . Dia tidak mahu kehilangan sahabat karibnya . Nauzubillah .

--

"Zikri bangun , kau nih kerja membuta je . Kau balik pukul berapa semalam sampai matahari tegak pun tak bagun lagi ? " Ujar Afiq malas

Sepi.

"Hoi ! aku cakap dengan kaulah , bukan dengan katil "

Afiq menarik gebar yang membaluti tubuh sasa Zikri.

"Kenapa dengan kau ? sejak akhir akhir nih kau nampak lain . kau berubah . Aku macam dah tak kenal siapa Zikri depan aku nih . Kau tak solat subuh tadikan ? sekarang dah nak masuk zohor . Insaf lah Zikri . Kau tak kesian ke kat arwah mama kau . Mesti dia sedih kalau lihat keadaan kau yang tak terurus nih" Pujuk Afiq

Namun....

"Jangan kau sebut pasal mama depan aku , aku tak suka " Tengking Zikri

Lalu bingkas turun dari katil dan berlalu begitu sahaja membiarkan Afiq terkulat kulat disitu.

"Ya Allah kau lembutkan hati sahabatku . Beri kekuatan padanya untuk menerima takdir yang tersurat untuknya , Ampunilah dosa sahabatku buka kan pintu hatinya agar dia kembali pada jalan Mu . Amin." Afiq meraup wajah kacaknya .

--

Sabtu 200912

Keadaan kelab malam yang bingit dengan bunyi dentuman lagu yang entah berapa volume merungsingkan kepala Zikri .

"Argh ... asal dengan Afiq ? kenapa dia asyik marah aku je ? macam lah aku buat salah besar ." Rungut Zikri

tak salah kau cakap ? kau tak fikri ke tempat yang kau duduk sekarang tempat haram? tau tak haram tuh apa ? HARAM tahu tak ? tuhhh ... air yang kau teguk rakus macam sebulan tak minum ... tuh air kencing syaitan tahu tak ? air haram ? HARAM !!!! kau peluk betina . kau usung macam beg ke hulu ke hilir . kau tak takut dosa ?



"Argghhhhhhhhhh . kenapa dengan aku nih " keluh Zikri

kata kata tadi seolah olah memperlekehkan dirinya , kata kata tadi seperti memijak lumat maruahnya.

Zikri bingkas ke tempat parkir kereta . Mahu pulang . Kalau boleh dia mahu cepat sampai ke rumah . mood  dia tak elok hari nih , jiwanya juga kacau .

Namun .. belum sempat Zikri masuk ke dalam perut kereta , dia terlihat mamanya memanggil di seberang jalan . Zikri seolah olah dipukau . Dia terus melangkah dengan air mata yang menitis. Rindu sungguh dia pada mamanya . Rindu yang amat dalam . Zikri sepertiorang tidak waras , dia lupa yang mamanya sudah tiada . 

"Mamaaaa ... tunggu Ri ma... Ri rindu maaa .. jangan tinggalkan Ri " Kata Zikri teresak-esak

"Mama kat sini sayang .. mari ikut mama .. mama janji tak tinggalkan Ri " 

Tiba - tiba 

dummmmmmm . Dia terasa dirinya diawangan . Pandangannya kabur . cecair hangat membasahi seluruh tubuh sasa Zikri . Namun ketika itu 

'mamaaa....' 

cuma itu yang terluah . setelah itu semuanya Gelap

"Ish kenapa ramai sangat nih , siapa yang kena langgar ? encik siapa tuh ?"

Sepi

"Kenapa mereka tak layan aku ? Puan siapa yang dilanggar ?

Sepi 

Zikri terlihat Afiq yang sedang menangis memeluk jasad seseorang yang tidak dikenali . Namun... apabila zikri menghampiri Afiq . Terkejut . Dia terkejut kerana jasad kaku yang dipenuhi darah dan kelihatan amat menyayat hati itu adalah 'DIA' - Muhammad Zikri Adam bin Zainal .


--

Zikri tersentak dari tidurnya . 

"Astaghfirullah..... "

Zikri beristighfar . dia bingkas bangun lalu mengambil wudu' . Malam itu , Zikri bersujud padaNya memohon ampun . Dia menyesal .

Ya Allah ya tuhanku , Ampunilah segala dosaku ya Allah . Aku telah meninggalkan kewajipan ku sebagai hambamu . Ya Allah yang maha pengasih , ampunilah aku , terima kasih kerana memberi aku peluang untuk bernafas pada hari ini , Ampunilah dosa kedua ibubapa ku , kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku , tempatkanlah mama ku di tempat orang orang yang beriman. Jauhkanlah aku dari segala maksiat . Pelihara lah  jiwa ku agar tidak terpesong dari jalan Mu .

Amin 

Zikri meraup wajahnya. Dia insaf .

Disebalik pintu bilik , ada sepasang mata yang memerhatikan setiap tingkah Zikri . Afiq

'Alhamdulillah terima kasih ya Allah, moga Engkau sentiasa melindungi ukhwah kami. Amin ' bisik Afiq 

TAMAT

--

Kisah dia atas menceritakan bahawa penting nya solat dalam kehidupan seharian kita , solat ini bukan macam kerja sekolah ya adik adik sekalian , buat sometimes tapi solat ni kena tepat pada waktunya . Ingat !

solat ini ibarat tiang , tiang agama dan merupakan tunjang utama, jika kita tidak solat , runtuh lah segala galanya .

 

Mesti pernah baca di laman sosial tentang 'mengapa udara pada waktu pagi segar?'

kerana 

'Udara pada ketika itu tidak dicemari oleh orang munafik yang tak bangkit solat subuh '

ayat nih memang menusuk kalbu . kalau tak sedar juga , hati cap batu lah namanya .

Rasulullah SAW pernah mendoakan umatnya

"Ya Allah , berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (yaitu mengerjakannya)
(HR Tarmidzi , Abu Daud , Ahamd ,dan Ibnu Majah)

Ibnu Mas'ud meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seseorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu subuh , maka baginda SAW besabda :  "Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan ditelinganya atau  kedua telinganya " (HR Imam Bukhari)

Jadi adik adik ku sekalian , jangan liat sangat nak solat nahhh , solat tuh adalah perkara pertama yang Allah akan soal bila kita mati kelak .

Nota Kaki : Bahu manusia memang ada untuk bersandar , tapi nanti awak jatuh , awak sandar pada Allah , kalau awak jatuh macam mana sekalipun awak tetap boleh bangun .

Wallahualam . Jaga hati . Jaga iman . Assalamualaikum umah hadhari . Laila Saeda dunyaa .



Comments

Popular Posts