Aurat itu mahkota
Assalamualaikum mawar dan kumbang sekalian , entry kali khas buat mawar mawar kesayangan sekalian . Entry kali ini bukan dari buah fikiran saya tetapi daripada seorang kakak yang baik hati . Saya cuma ingin berkongsi memandangkan mawar mawar zaman sekarang sudah tidak menitik beratkan hal 'Aurat' . Ramai yang tidak sedar , selangkah kaki anak gadis keluar dari rumah tanpa menutup aurat dengan SEMPURNA maka selangkah kaki ayahmu ke NERAKA .
--
Jadi , kalau mawar mawar sekalian sayang ayah , tutup lah aurat dengan SEMPURNA . SEMPURNA disini bermaksud dengan mengikut syara' bukan setakat balut aurat macam balut buku .
--
Sebelum saya menulis 'luahan hati seorang abah' sukacita saya ingin berkongsi , cara - cara menutup aurat dengan sempurna , inshaallah akan membantu kita untuk terus istiqomah . Saya juga tidak sempurna , cuma sebagai manusia kita harus saling mengingati.
--
Aurat seorang wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan kedua pergelangan tangannya . Leher dan rambut adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai . Pendek kata , dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan kedua pergelangan tangan adalah aurat yang wajib ditutup bukan dibalut ya.
--
Jom check pemakaian kita sebelum keluar .
Tudung hendaklah labuh menutupi bahagian dada , sanggul pula jangan tinggi macam gunung kinabalu ya , Tudung jangan jarang . Pastikan rambut tidak terjuntai keluar dari tudung
Baju hendaklah yang longgar dan tidak melekat pada tubuh badan . Pilihlah baju yang tidak jarang agar tidak menampakkan susuk tubuh . Lengan panjang ya ! Jangan lupa pakai 'handsock' agar lengan terlindung dan tidak terdedah kepada ajnabi . PERHATIAN : pemakaian t-shirt lengan pendek dan handsock bukan menutup aurat tetapi membalut aurat . HATI HATI YA
Seluar biarlah yang longgar , dan panjang hingga ke buku lali . Kalau ada yang gemar memakai skirt labuh , pilih lah jenis kain yang tidak jarang , jika ianya jarang pakailah seluar yang longgar di bahagian dalam kain agar tidak kelihatan bentuk kaki , boleh juga memakai kain dalam yang jenis labuh .
Kaki haruslah di tutup dengan stokin atau sarung kaki . Ianya wajib ya mawar kesayangan sekalian . Memang pada mulanya agak sukar tetapi jika kita berusaha kita akan rasa manisnya istiqomah .
--
Baik , saya teruskan dengan entry dari kakak baik hati . Terimalah ' Luahan hati seorang Abah '
--
Abah tahu kakak ada suka seseorang , hanya dengan mendapat satu pesanan ringkas sahaja sudah membuat kakak tersenyum lebar . Siapakah yang telah mencuri hati anak perempuan abah ini ? Hendak juga abah tahu . Agaknya senyum kakak manis seperti itu atau tidak jika abah yang menghantar pesan ringkas itu ?
Abah suka lihat Facebook kakak , yelah abah sayang kakak . Abah hanya mampu pantau setiap pergerakkan kakak melalui Facebook . Seronok melihat kakak berjalan jalan dengan kawan kawan . Gambar kakak banyak , yang tak tutup aurat pun banyak . Kadangkala abah tegur juga tentang aurat kakak di Facebook . Tetapi sayangnya , kakak marah abah lantas remove dan block abah dari Facebook kakak . Abah sedih tetapi tidak mengapa . Abah buat Facebook lain .
Sedang membelek Facebook kakak , abah tersa air jernih menitis dipipi , ya sangat sedih hati tua ini . Apabila terbaca status kakak di Facebook .
Sekiranya aku kahwin kelak , akan ku menutup auratku demi suamiku yang tercinta
Abah termanggu . Kakak sanggup menutup aurat untuk bakal suami namun untuk abah kakak biarkan sahaja ! Abah perlu tahu siapa yang benar benar mencuri hati kakak . Kakak baru tingkatan 3 mana boleh fikir tentang kahwin !
Akhirnya Allah pertemukan siapa jejaka yang mencuri hati kakak . Oh ! terkejut apabila dapat mengetahui nama jejaka tersebut . Keparat bin Kesengalan . Abah sungguh cemburu melihat kemesraan kakak sedangkan abah sendiri kamu tidak pandang walau sekilas .
Apa salah abah ya ? sehinggakan kakak sanggup mendengar kata dia sedangkan abah sendiri kakak tengking . Ya abah sudah tidak penting dalam hidup kakak . Cuma ingat satu perkara
Jangan kerana cinta kakak lupa pada pelajaran kakak , keluarga kakak dan diri kakak sendiri . Benar syurga dibawah telapak kaki ibu tetapi kuncinya pada abah . Kakak buat jahat di dunia , di akhirat kelak dengan kakak dan abah sekali diheret ke neraka . Abah tidak mahu kakak hanyut .
Untuk kesekian kalinya , abah sangat menyayangi kakak .Jagalah diri kakak , jangan biar ia hanyut dalam kedurjanaan dunia . Sekiranya abah meninggal dunia , abah mengharapkan kakak yang dulu
TAMAT
Wahai mawar mawar ku sekalian ingat lah bahawa hidup ini hanya sementara , cuma persinggahan .
Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah SWT
"wahai nabi suruhlah isteri isterimu dan anak anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman , supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian ,mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu . Dan Allah maha pengampun Maha penyayang .
(Al-Ahzab : 59 )
Nota Kaki : Sebarang kekhilafan harap di ampun , jika saya salah tegur ya ! Semoga apa yang dikongsi berguna kepada pembaca yang comel sekalian . ada typo mohon abaikan . hehe
Assalamualaikum . salam zohor cinta :)

Comments
Post a Comment