Selamat Hari Guru

Bismillah 
Assalamualaikum ya Akhi wa ukhti :))


Semalam hari guru yang paling menyeronokan , sebab dapat sambut dengan cikgu yang mengajar aku dari kecil sampai lahh besar panjang ~ 

Selamat Hari Guru 


Dapat rasa pelukan mereka yang hangat dan menenangkan jiwa . Allah , rindunyaa~ mungkin ini kuasa hebat yang ada seorang cikgu , kagum sungguh . bila salam dengan cikgu semalam semua tanya umur berapa , dan ada satu soalan nihh , pelik pelik pelik sangat , sampai aku tergamam seminit , hahah  "boleh dah ni jadi menantu "

Nak tahu apa reaksi aku , kata kata bagai tersanggut di keronggkong tak mampu untuk di balas , hanya mampu tersenyum yang memberi 1001 makna ~ aisehhh , ayat ~ hahah

puas pusing sekolah Semalam , banyak yang berbeza , terdetik di hati aku ' nak sekolah sini boleh tak?'
nak ambil UPSR balik . nak kawan kwan lama ~ rindu sehhhh

tengah duduk termenung teringat balik nostalgia dulu ~

main lari lari . kejar mengejar , study sama sama . arghh ~ lain sungguh suasana dulu dan sekarang , dan baru aku tersedar , cepat nya masa berlalu , terlalu pantas sehinggakan kita tak sedar yang kita sudah meningkat remaja . takut , ya itu yang rasa , bila nak senaraikan apa yang aku takut memang berjela jela jela jela lahh jawabnya 

aku rasa macam baru semalam aku belajar ABC & 123 , masih segar diingatan saat pertama kali aku nak mengeja nama umie dengan abah , menangis sebab tak reti ~ 
cikgu dtang pujuk , cikgu bagi semangat , cikgu bagi dorongan , arggghh .. rindukan semua tuh ... sekarang situasi sangat berbeza Aku dah besar (tapi tak tinggi ponn haha)  memang sayang nak tinggalkan ...~ tapi itulah fitrah hidup , 

Bila cikgu Ruswati tegur aku semlam , bagai nak gugur manik putih nihh , bergenang air ditubir mata , rindu ya , sangat sangat sangat sangat rindu , cikgu ruswati lah yang ajar subjek kegemaran aku 'Matematik' dari aku darjah empat sampai darjah 6

Tapi kenapa Cikgu Hasbi tak derr :(

Rindu yang amat 




Salam buat mu guru , 

Saya disini merindui tutur lembut mu , yang mengajar saya , yang tak betah melayan kerenah saya yang nakal tak bertempat , betul apa yang cikgu cakap , "Hayatilah , Manfaatkan lah waktu ketika kamu disekolah rendah , kerana nanti bila kamu dah meningkat remaja , kamu akan merinduinya "

Betul cikgu , saya rasakannya ~
Bukan saya tak suka memang seronok alam sekolah menengah , cuma saya rindukan suasana dulu , Ampunilah kesalahan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki . 

Khas buatmu :

Guru yang disayangi ,
Kalian bak lilin yang menerangi kegelapanku
Telunjukmu memberi erti
Kesungguhanmu amat ku hargai
untuk terus mengajar ku 
agar menjadi insan berguna di kemudian hari

Guru yang disanjungi ,
besar sungguh pengorbananmu
walaupun ribuan terima kasih aku ucapkan
Namun, seolah-olah tergelam dengan jasamu 
terbenam dek baktimu
tertanam dengan pegorabananmu
Sungguh ku kagumi

Duhai guru tercinta ,
bimbinglah aku , agar tidak terjerumus dilembah kegagalan 
agar kami tidak menjadi pelajar....
yang kenal huruf tetapi..... terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi....terlupa nilainya
yang celik mata tetapi buta hati
yang cerdik pandai tetapi dungu perihal diri
yang lembut pertuturan  tetapi buruk akhlak
yang merdu suara tetapi kasar bicara
yang berjaya tetapi lupa diri

Guru kau permata ku
pimpinlah aku , ajari aku
semailah benih benih murni di hati ku
semoga jasamu guru kekal di sanubari
Maafkan daku cikgu 
halalkan ilmu cikgu
terima kasih cikgu
Selamat hari Guru ....



Istimewa buat mu guru 



" Selamat Hari Guru dari kami batch 99 kepada semua guru yang telah mengajar kami "

tak lupa juga kepada umie dan abah "Selamat hari Guru kakak ucaapkan ,juga kepada umie selamat hari ibu , thanks for being my supermom and always be with me when either I sad or happy . Love mom & Dad 



 -Wassalam-






Comments

Popular Posts