Allah sedang menguji . Sabarlah duhai hati
Melawat abang nazrin pada 28 Disember 2013 adalah kenangan yang menyedihkan bagi tahun ini , Dia seorang yang baik dan ceria , tapi sampai sekarang dia masih terlantar di bilik ICU kerana kemalangan , sayu hati melihat keadaan diaa , tak mampu di katakan , dia dengar apa yang umie katakan , saya nampak mata dia memandang kami , ya Allah~ Lemah langkah saya , sayu hati saya ,
Saat dapat khabar berita , saya masih di buai mimpi .
"Kakak , Ohh Kakak . bangunlah umie nak cakap sesuatu ni ,"
"Ya Umie , Apa yang ingin dikatakan ?" Balas saya .
"Abang nazrin Kemalangan kak , tadi mak long call kata abang nazrin kemalangan waktu nak pergi ambil pekerja"Ulas umi
Ya Allah~ saat itu lahh terasa sangat sedih , Terpana saya dek berita itu ,
Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan maklong ,
"Abang nazrin kena kuat , saya yakin abang nazrin mampu untuk melalui semua ini , Allah takkan menguji luar dari kemampuan hambanya , Janganlah abang nazrin merungut dengan sakit ini , inshaallah abang nazrin akan sembuhh . Aminn~ "
'Kita sudah berhati-hati . adakah orang disekeliling kita berhati-hati ? '
Comments
Post a Comment